Sunday, August 26, 2007

puding aiskrim lebaran

bahan - bahan
120 gm gula pasir, 3 biji telur (diambil kuning sahaja), 60 gm serbuk badam, 850 ml air, 500 ml susu segar, 50 gm tepung jagung, 3 s/besar serbuk agar – agar, 350 gm aiskrim perasa vanila, 2 s/kecil pati strawberi, sedikit pewarna merah, buah strawberi (untuk hiasan), daun pudina (untuk hiasan),
cara - cara membuat
Pukul gula dan kuning telur sebentar, campurkan tepung jagung dan badam serta sedikit susu, kacau rata. Tuangkan air, baki susu segar dan serbuk agar – agar ke dalam periuk. Masukkan campuran tepung jagung, kacau di atas api perlahan sehingga pekat, apabila ia mendidih, angkatkan. Masukkan aiskrim dan kacau segera, bahagikan dua. Tuangkan satu bahagian ke dalam acuan yang sudah dibasahkan. Campurkan pati strawberi dan pewarna merah ke dalam bahagian yang satu lagi,tuangkan ke atas puding. Biarkan ia keras sebelum disimpan di dalam peti sejuk dan dihidangkan.

No comments: