Saturday, September 6, 2008

salam ramadhan buat semua...hari ni merupakan hari ke enam umat islam di malaysia mengerjakan ibadah puasa...hehehe pagi tadi aku baru sampai kat PCB ni, balik berbuka n bersahur kat rumah weekend baru ni...turn aku ngan kak da lak balik umah...next weekend hani samer fina lak balik umah masing - masing...hmmm seronok rasanyer berbuka di rumah tapi penat skit lah...biasalah biler tibanya bulan ramadhan bisnes air tebu pun berjalan...ibuku serta ayahku mesti sibuk...kalau ayahku keje shift pagi...penat ibuku keseorangan dibantu oleh eddie (tu pun kekadang malas gak, penat disuruh baru nak buat) hmmm baju raya xbeli lagi....tp xrisau coz aku yang menjahitnyer sendiri..tapi ari tu dah beli jubah same color ngan dier...so xtau la beli ker x kain raya kali ini..kalau x pakai jubah itu jerla klu xsempat....cuma xbeli lagi butang baju kebayaku...nak beli before balik raya nanti...kuih raya lak, rasanyer tahun ni cam biasa ler dengan kesibukan keje..kuih tunjuk la jawabnyer...last week dah order 2 jenis dah...hmmm nanti nak beli makanan kering 2 3 jenis, then beli kek, buat puding ngan agar2...huhuhu cukup la...lum masuk ngan hidangan ibuku di pagi raya lagi...hehehe....ok la anak buahku sedang menunggu gurunyer mengajar...tulis blog jap...lama xcoretkan sesuatu....

Tuesday, September 2, 2008

Tibanya Bulan Ramadhan



Gambar ni masa ex-housemate kahwin, ekin...pi dua buah kereta, satu kereta ku dan satu lagi kereta madi...bertolak agak lewat la jugak dalam kul 5.30, tapi terpaksa tunggu satu lagi kereta yang ader hal lain lak tika tu...so kitorang satu kereta tunggu la kat tepi jalan highway nak ke pasir mas...lama jugak nak dekat 6.30 lbh baru la boleh gerak ke arah destinasi yang ingin ditujui...perut dah bernyanyi minta diisi...huhuhu lapar....sampai2 dah nak maghrib, trus makan....pastu bergambar kenangan dengan pengantin dan tempat persandingan la...alang2 menyeluk pekasam kan biar la sampai lengan....hehehehe...gambar ni pun aje grab kat friendster jue...k la lain kali lak...dah azan tu....bye

Wednesday, July 30, 2008


Kenangan terindah ketika berada di Pantai Melawi (3 hari 2 Malam) bersempena Kem Rehlah SMI Al Husna....seronok sesangat tapi penat jugak....hmmm tido beraper jam ajer...otak rasa blur huhuhu...group ku yang terdiri daripada harun, syazwan and the gang dapat number tiga secara keseluruhan....mulanya ingat dah xdapat number dah dengan sumer game jarang sangat dengar menang...harapkan nama kumpulan ajer number satu..tp hehehehe....best gak la dapat jadi facie diorang...sporting sume nyer....hmmm balik tu ader pulak kenduri durian...tapi ku makan seulas ajer...segan lak rasa time tu coz ustaz ngan cikgu kama yang tolong "cekahkan" hehehe so malu la...hmmm kitorang sampai lewat sesangat kat sekolah mana tak nyer singgah umah hani dulu pekena air sunquick n keropok....sakan puteri makan canm lama xmakan keropok ajer ku tengok...huhuhu

Sunday, July 13, 2008

Jangan Menikah Kerana .....

1. Jangan menikah kerana harta
Tidak ada gunanya hidup bergelumang harta tanpa cinta. Harta dapat datang dan pergi setiap saat. "Cinta" yang sesat dan sesaat dapat diperoleh setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.

2. Jangan menikah kerana perasaan asmara
Rasa tertarik, simpati, naksir, yang merupakan asmara yang sering disalah ertikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara dapat cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan uji. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.

3. Jangan menikah kerana rupa saja
Kecantikan yang diluar memang indah, tapi dapat luntur termakan umur.
Utamakanlah kecantikan yang di dalam.

4. Jangan menikah kerana iba
lba (rasa kasihan) memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidak boleh menjadi dasar pemikahan. Kasihan dapat habis, tapi kasih tidak berkesudahan. Dasar pernikahan adalah kasih, bukan kasihan

5. Jangan menikah untuk kepuasan sex saja
Memang sex suci dan penting dalam hubungan suami-isteri, namun tidak boleh menjadi tujuan utama dari pemikahan. Sex hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan sex akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri.

6. Jangan menikah kerana paksaan keluarga
Seorang anak harus berbakti kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal nikah, kalau mereka memang salah dan anda benar.
Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka, jangan dengan kekerasan.

7. Jangan menikah kerana desakan usia
Bila usia sudah menjelang senja dan rakan-rakan sudah berpasangan, orang akan mulai gelisah (terutama pada wanita). Banyak orang akhimya "asal tabrak dan sikat." Hindarilah tindakan
Sabarlah dan yakinilah bahwa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk anda. Jangan takut kehabisan jatah dan kadaluarsa.

8. Jangan menikah untuk membalas jasa
Orang yang telah berbuat baik perlu dibalas, tapi jangan dengan pernikahan. Salah satu hal lain yang tidak boleh dilupakan, dan merupakan yang terpenting adalah jangan menikah tanpa pengertian dan persiapan dengan tindakan yang nyata. - Menikahlah menurut pola rencana Tuhan - Daripada salah dan mengundang derita, lebih baik tidak menikah. Jika tidak diteguhkan oleh Tuhan. Kerana Tuhanlah yang menciptakan manusia sepasang-sepasang.
Tanpa persetujuan Tuhan, tidak mungkin manusia dapat bersatu !

Soal Jodoh

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Thursday, July 3, 2008

Trip Ke Terengganu

Membelakangkan Masjid Kristal yang dibina di Kuala Terengganu....trip sekolah....sampai kat sana dalam kul 12 lbh...sebelum tu singgah kat planetarium dulu after that baru gerak ke saner....sempat lagi berposing dengan perut yang sudah lama menanti untuk diisi (lapar!!!!!!)hehehe....cantik jugak masjid tu, bersinar - sinar dimandikan cahaya matahari....puteri ader gak cakap yang masjid kristal tu salah kiblat....xtau la sejauh mana kebenarannnya, kitorang still menunaikan solat zuhur kat situ. next gambar ni merupakan salah satu koleksi masjid yang dibina....kitorang naik keretapi untuk mengunjungi setiap koleksi binaan masjid tersebut....slow ajer keretapi tu bawak, tp ader informatin yang diberi semasa berada di dalamnya...hehehe dier terangkan setiap koleksi masjid tersebut dari segi nama dan sejarah pembinaannya.....ader jugak ketika masuk melawat ke dalam masjid berkenaan tidak dibenarkan mengambil gambar, tp aku still ambil jugak nak buat kenangan kan...biler lagi (huhuhu)......hmmmm seronok jugak rasanyer dapat pi ker saner cuma penat drive ajer la xder pembantu....dalam kul 4 lbh kitorang bergerak balik.....singgah jap beli keropok losong, so berpisah lah dengan bas....dengar2 bas balik ikut jalan yang sama dengan time datang tadi cuma van yang dinaikiku dengan ustaz balik ikut jerteh (highway la not jalan pantai).........too tired sampai2 tp seronok sesangat













Saturday, May 17, 2008

kembali semula

huhuhu rasanyer dah terlalu lama xmencoretkan sesuatu di dalam blog ini...almaklumlah lepas berhenti kat ADA AGENCY, lama jugak xmenjengukkan diri ke cc...so sekarang ni bertambahlah sibuk dengan keje baru as a teacher kat sekolah swasta..alhamdulillah so far keje kat cni ok cumanyer penat skit la...nak buat research dulu before masuk mengajar...tapi semue tu xstart lagi after ni maybe...coz sekarang ni musim exam...tp penat jugak memeriksa kertas diorng....pening kepala dibuat nyer pabila baca karangan sorg2....kekadang tu nak tergelak pun ader....mggu ni bnyk perkara penting yang perlu ku lalui dan prepare sebaik mungkin...first kiter ader interview tuk post pen peg teknologi maklumat under kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah....sumber pasal tu xstart cari lagi ni...ari sabtu ni pulak ader MTEST...semoga tahun ni ader rezeki la...huhuhu insyaAllah...k la setakat ni ajer la...ader keje skit nak buat...bye...