Wednesday, September 19, 2007

kelebihan solat dhuha

Siapa yang istiqamah bersembahyang sunat dhuha, maka dosanya akan diampuni Allah walaupun sebanyak buih di lautan. Waktu mengerjakan solat Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit. Diriwayatkan dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat dhuha mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia".


Niat Solat Dhuha

sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah : "Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kemegahan (keagungan) ialah kemegahanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu."

No comments: