1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Cinta, biar saja ada...yang terjadi biar saja terjadi...bagai manapun hidup memang hanya cerita...cerita tentang meninggalkan dengan ditinggalkan...
Sunday, September 30, 2007
Wednesday, September 26, 2007
tips kejut org bangun sahur
kalau nak kejutkan org bangun tidur contohnya untuk bersahur, cam ni antara caranya
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan-lahan
2. sentuh bahu org tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia
3. renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia
4. tampar tampar manja pipi dia sambil panggil nama dia
5. tutup kipas/air cond
tp kalau still tak effect
1. jerit nama dia kuat kuat
2. gigit ibu jari kaki dia cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi kalau bleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia bg ambik bau sikit
tp kalau still tak effect gak
1. pergi kat telinga dia then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe
tp kalau still tak effect gak, ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan kerana tuhan lebih menyayanginya
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan-lahan
2. sentuh bahu org tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia
3. renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia
4. tampar tampar manja pipi dia sambil panggil nama dia
5. tutup kipas/air cond
tp kalau still tak effect
1. jerit nama dia kuat kuat
2. gigit ibu jari kaki dia cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi kalau bleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia bg ambik bau sikit
tp kalau still tak effect gak
1. pergi kat telinga dia then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe
tp kalau still tak effect gak, ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan kerana tuhan lebih menyayanginya
Sunday, September 23, 2007
kisah 2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.
kisah 1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid. Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir limajam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.
Wednesday, September 19, 2007
kelebihan solat dhuha
Siapa yang istiqamah bersembahyang sunat dhuha, maka dosanya akan diampuni Allah walaupun sebanyak buih di lautan. Waktu mengerjakan solat Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit. Diriwayatkan dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat dhuha mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia".
Niat Solat Dhuha

sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah : "Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kemegahan (keagungan) ialah kemegahanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu."
petua awet muda
1. Melambatkan minum air setelah makan iaitu minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja) atau minum setelah setengah jam selepas makan.
2. Rajin-rajin baca Al-quran dengan niat ikhlas kerana Allah bukan kerana nak muda semata-mata.
3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.
4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah malam, sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakanwudhunya di waktu musim sejuk.
5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakalasetiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya
2. Rajin-rajin baca Al-quran dengan niat ikhlas kerana Allah bukan kerana nak muda semata-mata.
3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.
4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah malam, sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakanwudhunya di waktu musim sejuk.
5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakalasetiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya
Tuesday, September 18, 2007
so busy n so tired today

Saturday, September 8, 2007
headache

Monday, September 3, 2007
i dunno what to do today
hi morning everyone...if i not forget, i already write something for last weekend but it doesn't appear in my blog...hmm maybe i'm not publish it yet...but it's ok coz nothing that i wanna tell there... yesterday my colleague and me celebrate one of my staff besday...not rightly on his besday but late one day...the rightly is on first september, because of we all in holiday so we postpone on the next day...so the day be on yesterday...so happy actually...have many food like a spagetti, snack like twisties, keropok lekor, kacang and sumi...
Subscribe to:
Posts (Atom)